Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua premis hampir musnah terbakar

terbakarr
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Dua buah premis masing-masing sebuah kedai perniagaan dan rumah kediaman, hampir musnah dalam dua kejadian kebakaran berasingan yang berlaku di daerah ini semalam.

Kejadian pertama berlaku di Tail Anjur Changgi, Jalan Tuaran Batu 7, Inanam dekat sini melibatkan sebuah kedai tayar yang 60 peratus terbakar.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Affendy K.Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.43 malam Rabu.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Lintas yang diketuai PBK II Ahmady Bungsu, kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal dan memadam api kebakaran,” katanya sambil menambah bahawa kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 8.23 malam.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah rumah jenis dua tingkat juga sempat diselamatkan oleh anggota BBP Kota Kinabalu, daripada hangus terbakar.

“Kejadian yang berlaku pada jam 2.57 petang di Jalan Kolam Luyang itu bagaimanapun telah memusnahkan bahagian tingkat atas rumah terbabit,” katanya lagi.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kedua-dua kejadian itu dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.
oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan