Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Pesawat Hercules C130 Bawa Balik Mayat Mangsa MH17

hercules

ALOR SETAR — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyediakan dua pesawat jenis Hercules C130 untuk membawa balik mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata pesawat itu juga digunakan untuk membawa anggota tambahan TUDM ke Ukraine bagi membantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

“Pesawat ini kita siap sedia dan akan digunakan sekiranya diperlukan untuk melaksanakan tugas,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Panglima ATM Bersama Warga TUDM dan Kolej TUDM di Kepala Batas dekat Alor Setar, Ahad.

Zukifeli berkata pihaknya akan menambah 30 lagi anggota TUDM untuk membantu pasukan penyelamat yang telah berlepas ke Ukraine sebelum ini dengan 10 anggota perubatan.

Katanya, pihaknya menghantar dua anggota dari Kor Agama ATM bagi membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menguruskan jenazah penumpang beragama Islam.

Pada majlis tersebut Zulkifeli menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota TUDM yang menghadapi penyakit kronik dan anak warga TUDM yang sakit kronik.

Komen


Berita Berkaitan