Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua persatuan belia dinilai penarafan bintang

Zazali (dua dari kiri) dan Fadil Sulaiman (tengah) bersama wakil-wakil daripada PUBT dan KRMT.
Zazali (dua dari kiri) dan Fadil Sulaiman (tengah) bersama wakil-wakil daripada PUBT dan KRMT.

TAWAU: Dua persatuan belia di Tawau yang layak untuk penilaian penarafan Star Rating pertubuhan dari tiga atau empat bintang kepada lima bintang mengikut standard kebangsaan, selesai menghadiri penilaian.

Proses penilaian dilakukan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia di Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Wisma Persekutuan di sini hari ini.

ROY diwakili oleh Pegawai Pendaftaran Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sabah, Zazali Zahari, manakala, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Fadil Sulaiman mewakili KBS Malaysia.

Dua persatuan yang dipanggil untuk proses penilaian bagi daerah Tawau adalah Persatuan Usahawan Belia Tawau (PUBT) dan Kelab Rakan Muda Tawau (KRMT).

PUBT diwakili Presidennya, Amir Anuar dan Setiausaha Lagatah Toyos, manakala, KRMT diwakili Pengerusinya, Sirajuddin Abd Rahman dan Timbalan Setiausaha Norazlin Delon Santos serta Penasihat KRMT, Alex Dennis.- Alanna Adam/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan