Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,716

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua penuntut Politeknik Kota Kinabalu maut

9:58pm 24/01/2016 Pak Roshan 18868 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Seorang daripada dua penuntut Politeknik Kota Kinabalu yang maut dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Tamparuli - Ranau berhampiran Kampung Kelawat, Tuaran, petang tadi.

Seorang daripada dua penuntut Politeknik Kota Kinabalu yang maut dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Tamparuli – Ranau berhampiran Kampung Kelawat, Tuaran, petang tadi.

Tuaran: Dua penuntut Politeknik Kota Kinabalu maut apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 22 Jalan Tamparuli – Ranau berhampiran Kampung Kelawat, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, penunggang motosikal lelaki berusia 21 manakala rakannya wanita berusia 21 tahun yang membonceng motosikal dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan badan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Tuaran ke Kota Belud dan ketika menuruni bukit, motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu bertembung dengan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 33 tahun.

Pemandu pacuan empat roda tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Abd Fuad Abd Malek ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan