Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Penumpang Menerima Bantuan Kecemasan Bila Feri Terkandas

feri sandakan

SANDAKAN– Dua penumpang feri menerima bantuan kecemasan apabila sebuah feri terkandas akibat kerosakan di perairan Sandakan awal pagi Rabu.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Sandakan (DM17), Kpt Maritim Abdul Razak Abdul Rahman berkata mereka merupakan warga Filipina berumur 39 dan 42 tahun yang menaiki feri tersebut dari Pelabuhan Sandakan dan dalam perjalanan pulang ke Zamboanga, Filipina.

“DM17 telah mengarahkan sebuah kapal peronda untuk mengambil mangsa lalu diberikan bantuan pernafasan, seterusnya mangsa dibawa ke Hospital Duchess Of Kent,” katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata seorang daripada mangsa mengalami tekanan darah tinggi manakala seorang lagi menghidap kencing manis serta mengalami sesak nafas.

Feri tersebut terpaksa bersauh di perairan setelah keluar dari pelabuhan kerana mengalami kerosakan pada jentera utama dan mengambil masa selama tiga hari untuk dibaiki.

Orang ramai boleh menyalur aduan atau maklumat kecemasan di laut menerusi talian 24 jam Pusat Operasi Daerah Maritim Sandakan di talian 08-9229504 atau talian MERS 999.

Komen


Berita Berkaitan