Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Pengguna Twitter Lempar Kenyataan Biadap Terhadap PDRM

kpm

KUALA LUMPUR: Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap

terhadap polis, seorang daripadanya menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

sebagai ‘anjing Barisan Nasional’.

Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis

Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua

akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.

[email protected] sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP ‘Anjing

BN’,” kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya hari ini.

Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.

Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh

berikut: “Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the [email protected] Henrich Himmler of

Malaysia”.

Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: “[email protected], juga kesan seorang

lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan.”

Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di

Jerman. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan