Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Pengedar Dadah Antara 44 Pati Ditahan

PATI KK

SANDAKAN : Dua pengedar dan dua penagih dadah adalah antara 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Op Sarang oleh polis di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata pengedar yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita itu ditahan, masing-masing mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Katanya dua lelaki penagih dadah yang ditahan itu pula disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.

“Operasi bermula pukul 3 pagi hingga 7 pagi itu menumpukan kawasan setinggan Kampung Batu 3 Sentosa Jaya dekat sini dan membabitkan 100 anggota polis dan agensi penguat kuasa yang lain.

“Kesemua PATI yang ditahan itu berumur antara 20 dan 50 tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata Op Sarang merupakan operasi yang menumpukan tempat yang telah dikenal pasti dan disyaki sarang pengedaran atau penagihan dadah.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan