Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA PEMANDU NYARIS MAUT

Lokasi kemalangan di simpang Jalan Salleh – Jalan Dominic, Tawau. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

TAWAU: Dua pemandu hampir menemui ajal selepas kenderaan masing-masing bertembung lalu terbalik dalam satu kemalangan di simpang Jalan Salleh – Jalan Dominic, Tawau di sini.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, pemandu Toyota Vigo tersebut dikatakan keluar dari simpang Jalan Dominic secara tiba-tiba lalu melanggar kenderaan lain.

“Siasatan mendapati pemandu Toyota Vigo dikenali sebagai Al Ikhsan Mulkan, 31, memandu dengan cuai sehingga menyebabkan perlanggaran berlaku membabitkan kenderaannya dengan sebuah Toyota Vios yang dipandu seorang doktor wanita.

Kereta Vigo mengalami kerosakan dibahagian depan dalam kemalangan itu. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

“Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Jawa menghala ke Hospital Tawau. Apabila sampai di Jalan Salleh, tiba-tiba Toyota Vigo keluar dari simpang jalan itu dan terus masuk ke lorong kanan jalan lalu melanggar kenderaannya.

“Dalam kejadian itu, Vios tadi mengalami kerosakan di bahagian bumbung manakala Vigo pula rosak di tepi sebelah kanan hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kereta Vios yang dipandu oleh seorang doktor wanita terbalik selepas perlanggaran itu. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

Fadil berkata, kedua-dua pemandu itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu disiasat mengikut Peraturan 3 (2)(B) di bawah Peraturan-Peraturan Lalulintas 1959 LN166/59 iaitu tidak memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus sebelum melintasi laluan kenderaan itu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan