Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua pemandu mabuk dikenakan hukuman

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Akibat memandu kenderaan dalam keadaan pengaruh alkohol dua lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda masing-masing RM1,800 atau 20 hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Wong Teck Yang, 28 dan Donny Chin 34 mengaku bersalah dihadapan Majistret Mohd Faiz Omar atas dakwaan di bawah seksyen Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

Menurut keterangan kes, Wong didapati melakukan kesalahan itu pada 28 Jun lepas di jalan Tun Fuad Stephens, manakala Donny pula didapati bersalah pada 21 Jun lalu di jalan Kota Kinabalu Penampang ketika polis mengadakan operasi.

Hasil daripada pemeriksaan didapati kedua-dua tertuduh adalah positif alkohol.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar hukuman yang dikenakan dikurangkan namun pegawai pendakwa meminta mahkamah agar menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Pendakwaan dilakukan oleh inspektor Hanif Mamyudin.- Oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.


Komen


Berita Berkaitan