Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,679

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua pelajar UiTM maut, seorang cedera parah kemalangan

5:44pm 22/07/2016 Pak Roshan 1985 views Mutakhir,Nasional

kemalangan

KOTA SAMARAHAN: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Express Way, Kota Samarahan, iaitu di kawasan lampu isyarat lalu lintas di depan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, kemalangan pada kira-kira 4.17 pagi tadi, dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Kelisa itu melanggar bahagian belakang lori berkenaan di lampu isyarat dan kesemua mangsa adalah wanita dan pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan.

Dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Myrna Ejul, 23, dan Siti Nurzaineh Zainudin, 25, kedua-duanya berasal dari Sandakan, Sabah iaitu penumpang kereta yang malang itu.

Pemandu kereta, Valerie Liynthia Handrew, 23, yang cedera parah berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan dikejarkan ke Hospital Jantung Sarawak di sini untuk menerima rawatan.

Difahamkan pelajar terbabit baru sahaja selesai menduduki ujian akhir semester pada Rabu lalu. Jurucakap itu berkata pemandu lori yang dalam lingkungan usia 40-an itu, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan termasuk dua anggota Unit Kecemasan dan Perubatan (EMRS) bersama jentera EMRS dikerahkan ke tempat kemalangan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan