Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang di Kobusak

Kebakaran yang melibatkan empat struktur bangunan di Taman Starland, Kobusak.
Kebakaran yang melibatkan empat struktur bangunan di Taman Starland, Kobusak.

PENAMPANG – Dua pekerja lelaki rentung dalam kebakaran yang memusnahkan empat struktur bangunan serta tiga kenderaan di Taman Starland, Jalan Kobusak di sini awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K.Ramin berkata, kebakaran itu melibatkan tiga buah kenderaan, masing-masing sebuah kilang perabot dan sofa, rumah pekerja serta sebuah banglo berlaku pada jam 4.00 pagi tadi.

“Sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan jam 4.03 pagi untuk memadam api kebakaran,” katanya di sini hari ini.

Operasi terkawal sepenuhnya pada jam 4.34 pagi dengan bantuan 14 anggota dari BBP Kota Kinabalu.

“Sehingga tengahari tadi, anggota bomba masih menjalankan operasi memadam sisa kebakaran selain mencari kemungkinan terdapat mangsa lain yang rentung dalam kebakaran itu,” katanya lagi.

Nilai kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah
terbakar-starland-penampang30-3-2015-3

Komen


Berita Berkaitan