Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua pasar raya musnah dalam kebakaran

10:11am 15/10/2016 Leolerry Lajius 3487 views Sandakan,Tempatan
Pasar raya yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Pasar raya yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

SANDAKAN: Dua buah pasar raya musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di sini, pagi tadi.

Kejadian berkenaan melibatkan  pasar raya TKS berukuran 100 kaki lebar dan 50 kaki panjang serta Pemborong Sin Lee Fa berukuran 100 kaki lebar dan 150 panjang.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 6.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 9 kilometer itu pada jam 6.22 pagi.

Kebakaran telah berjaya di kawal pada jam 8.40 pagi dan pihak bomba juga masih menjalankan operasi pemadaman.

Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pasar raya yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Pasar raya yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan