Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua pasang suami isteri cacat penglihatan diberi bantuan

7:29am 27/09/2016 Leolerry Lajius 39 views Tawau,Tempatan
Salah seorang penduduk kampung yang ditemui oleh Hamisa sambil mencatat data peribadi yang mengadapi masalah cacat penglihatan.

Salah seorang penduduk kampung yang ditemui oleh Hamisa sambil mencatat data peribadi yang mengadapi masalah cacat penglihatan.

TAWAU : Pemimpin masyarakat seperti Ketua kampung dan Pengerusi JKKK diminta mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing untuk dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat  berkata, langkah itu bagi membolehkan mereka yang memerlukan diberi pembelaan sewajarnya serta tidak terpinggir daripada perhatian kerajaan.

“Program turun padang  membolehkan kita mengesan golongan berkenaan dan seterusnya diberikan bantuan dengan segera. Golongan ini perlu dibantu dan didaftarkan di JKM bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya setelah memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya selepas Jelajah Kasih bersama kakitangan Unit PPM Tanjong Batu di Kampung Tanjong Batu Keramat, Tawau semalam.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu,  turut menyeru agar rakyat yang memerlukan bantuan tidak malu untuk tampil mengemukakan masalah mereka kepada pemimpin setempat bagi memohon bantuan.

“Saya menggesa Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK agar mendapatkan maklumat yang tepat tentang penduduk di bawah kawasan mereka agar bantuan kemasyarakatan secara holistik bagi meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah serta memastikan tiada kelompok rakyat yang tercicir daripada menikmati faedah pembangunan dan kemakmuran negara.

“Data-data yang memerlukan bantuan itu perlu dan saya minta pemimpin masayarakt lebih prihatin dan mendekati masyarakat setempat bagi mengetahui masalah dan kesusahan mereka,”katanya.

Beliau turut menyatakan, langkah itu penting supaya bantuan bersesuaian dapat diberikan kepada mereka.

“Dengan cara ini dapat mengelakkan mereka memerlukan tercicir daripada menerima bantuan disediakan kerajaan. Apabila sudah kenal pasti (orang memerlukan), mereka (Pengerusi JKKK dan ketua kampung) maklumkan kepada wakil rakyat dan bantu mereka membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),”tegasnya.

Dalam siri jelajah berkenaan, Adun Tanjong Batu telah mengenal pasti dua pasang suami isteri yang cacat penglihatan dan di bawa untuk mendapatkan rawatan ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan mata./SayangSabah

 

Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat turun padang bersama kakitangan Unit PPM Tanjong Batu melihat keadaan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat turun padang bersama kakitangan Unit PPM Tanjong Batu melihat keadaan masyarakat yang memerlukan bantuan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan