Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,731

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua pasang kekasih dicekup polis

7:25pm 26/02/2016 Ann Vivien 167 views Jenayah,Tempatan
Douglas ( dua dari kiri) menunjukkan motosikal yang ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Douglas ( dua dari kiri) menunjukkan motosikal yang ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

KENINGAU: Dua pasang kekasih dicekup polis kerana disyaki menggunakan nombor pendaftaran motosikal palsu  lebih kurang jam 2.00 pagi pada 23 Februari lepas di sebuah hotel bajet Jalan Masak di sini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata,  bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Keningau yang diketuai oleh Inspektor  Roning Mulut telah membuat pemeriksaan di bilik 14, penginapan berkenaan telah mendapati dua lelaki tempatan masing-masing berumur  29 dan 17 tahun serta dua orang perempuan masing-masing berumur 17 dan 15 tahun ada di dalam bilik.

Katanya, pemeriksaan ke atas dua buah motosikal yang diletakkan di hadapan penginapan mereka mendapati motosikal tersebut didapati nombor nombor pendaftaran yang digunakan oleh suspek adalah palsu,yang didaftar atas nama kenderaan lain.

“Kesemua suspek telah dibawa ke balai polis dan ditahan reman selama tiga hari sebelum dituduh di Mahkamah Keningau di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Khamis.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda RM300.00  atau kedua-duanya sekali.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan