Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua parah dalam kemalangan

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

RANAU: Dua cedera parah dan seorang cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Kg Nabutan Jalan Ranau-Telupid, semalam.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 9.58 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 30 kilometer itu pada jam 10.30 malam.

Mangsa Mohd Azizul bin Ali dan Sapli bin Rajak mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu Dmax dan Lori Nissan UD 10tan.

Mangsa seterusnya telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Operasi yang melibatkan seramai tujuh orang anggota itu tamat pada jam 11.00 malam. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan