Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua parah dalam kemalangan jalanraya

KOTA KINABALU – Sebuah kenderaan jenis Honda yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik dalam kejadian kemalangan jalanraya yang berlaku di Lorong Kancil berhampiran SJKC Shan Tao di sini pada jam 1.34 petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K.Ramin berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kemalangan untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan yang remuk itu.

“Dua orang mangsa terbabit berjaya dikeluarkan dan segera dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan kecemasan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau juga berkata, pasukan mencari dan penyelamat (SAR) berjaya menemui mangsa lemas yang dilaporkan hilang sejak semalam di Sungai Segama, Kampung Sepah Dulang, Lahad Datu kira-kira jam 2.50 petang tadi.

“Mangsa berumur 14 tahun itu ditemui hasil bantuan penduduk kampung, berhampiran lokasi remaja itu dilaporkan hilang sejak kira-kira 3.40 petang semalam.” katanya lagi. – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan