Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua parah dalam kemalangan

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KUDAT: Dua parah dan seorang cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan SMK Motunggu, di sini, semalam.

Mangsa Sianey Binti Dansi, 33, dan Hafid Bin Ukkas, 46, parah dalam kejadian yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva dan sebuah Proton Saga dan turut menyebabkan seorang lagi mangsa Daniel Darel Dansi mengalami cedera ringan.

Pihak bomba telah menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada jam 8.43 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 45 kilometer itu pada jam 9.24 malam.

Semua mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Saidi Tabin bersama lapan orang anggota itu tamat pada jam 9.50 malam.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan