Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua parah, 29 cedera ringan dalam kebakaran pawagam di Sandakan – Polis

pawagamsandakan

SANDAKAN: Polis mengesahkan dua mangsa parah, manakala 29 lagi cedera ringan dalam kebakaran sebuah pawagam di Bandar Ramai-Ramai di sini, petang semalam, berbanding cuma dua cedera dalam laporan awal.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata laporan rasmi itu hanya dimaklumkan kepada pihaknya pagi ini.

Katanya, dua yang parah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Duchess of Kent kerana tidak sedarkan diri dipercayai akibat masalah pernafasan.

“Berdasarkan laporan rasmi, ada 31 mangsa cedera dalam kebakaran itu.

“Dua yang dimasukkan ke ICU dipercayai kerana terhidu asap beracun dan berada dalam keadaan stabil, manakala selebihnya cedera ringan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan