Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,699

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua orang lelaki mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan

10:27pm 15/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 23 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pentuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki, 29.

Tertuduh Abdul Halid Rahman, 24 didakwa telah melakukan kesalahan tersebut di hadapan sebuah pusat hiburan di Lintas Plaza, pada jam 3 pagi pada 9 Januari yang lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus telah menetapkan tarikh 3 Febuari, depan bagi pengurusan kes dan memberi jaminan sebanyak RM 5,000 (deposit RM3,000) serta dua orang penjamin tempatan.

Di mahkamah yang sama, seorang lagi lelaki tempatan turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki, 38 dengan menggunakan sebatang kayu Cota.

Tertuduh, Andry Jumaidi Aziz, 33 melakukan kesalahan tersebut di tarikh, masa dan tempat kejadian yang sama.

Andry didakwa dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 19 Febuari depan untuk pengurusan kes manakala tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM 5,000 (deposit RM4,500) beserta dua orang penjamin tempatan.

Kedua-dua pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan