Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA NELAYAN DICULIK DIPERCAYAI OLEH KUMPULAN KFR DI PULAU GAYA, SEMPORNA

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Maal Hijrah 1440H Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Dua nelayan diculik oleh kumpulan dipercayai terlibat aktiviti menculik untuk wang tebusan (KFR) di perairan Pulau Gaya, Semporna, awal pagi tadi.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika mengesahkan perkara itu berkata, seorang lagi nelayan warga tempatan yang bersama-sama dua mangsa itu berjaya menyelamatkan diri.

“Mangsa yang berumur 30-an terselamat bersembunyi dalam sebuah tempat di bot tersebut kerana ketakuan.

“Menurut saksi itu, dua penculik terbabit bertopeng dan berpakaian gelap serta membawa senjata untuk menculik rakannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Maal Hijrah 1440H/2018M di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu di sini hari ini.

Omar berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 12 tengah malam dan polis menerima panggilan mengenai kes itu pukul 2 pagi.

Beliau menambah, polis masih menyiasat kedudukan mangsa yang diculik itu sama ada masih berada di perairan negara atau tidak.

Katanya, siasatan masih dijalankan termasuk menyoal siasat mangsa yang terselamat dalam kejadian itu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan