Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Mayat Nahas Pesawat AirAsia Tiba Di Surabaya Sebentar Tadi

aa

Dua mayat daripada tujuh mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemui setakat ini selamat tiba dengan pesawat Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) di Pangkalan TNI-AU Lanudal di Surabaya sebentar tadi.

 Mayat dibawa dengan dua buah keranda diusung oleh anggota tentera meninggalkan pesawat yang membawanya selepas terdahulunya di bawa ke Pangkalan Bun untuk dibersihkan.

MayatTiba_2

Sementara itu, iada seorang pun mayat nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemui setakat ini memakai jaket keselamatan, lapor straitstimes.com.

Laporan Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) sebelum ini ada mengatakan bahawa ada satu mayat lelaki ditemui memakai jaket keselamatan.

Pasukan BASARNAS melakukan tugas dengan tiga mayat yang ditemui hari ini diletakkan di atas helikopter untuk dibawa pulang ke Pangkalan Bun. - Foto REUTERS

“Satu mayat, seorang lelaki dan jaket keselamatan, mereka ditemui jauh, dia tidak memakai jaket keselamatan,” kata Timbalan Ketua Operasi BASARNAS Mejar Jeneral Tatang Zaenuddin. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan