Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Maut, Tiga Parah, Tiga Kereta Berlanggar Di Sandakan

Foto Ihsan Pembaca SayangSabah
Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

SANDAKAN : Dua orang maut sementara tiga parah dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Batu 20, Jalan Labuk dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang apabila sebuah pacuan empat roda bertembung dengan sebuah Perodua Viva dan Nissan Urvan yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang maut ialah dua penumpang Perodua Viva tersebut yang dikenali sebagai Hasram Namang, 33, dan Ramli Tapa, 36.

Sementara yang parah adalah pemandu Perodua Viva itu Masran Mansah, 39, seorang lagi penumpangnya Tuslex Tariunan, 48, serta pemandu pacuan empat roda berkenaan Salapan Amat, 46, katanya.

Mangsa yang parah masih menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent yang dilaporkan dalam keadaan stabil.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca SayangSabah
Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan