Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua maut, tiga cedera dalam kemalangan

6:18pm 23/07/2016 Leolerry Lajius 2673 views Tempatan
Pihak bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

Pihak bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

LAHAD DATU: Dua meninggal dunia dan tiga yang lain mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Mensuli Sandau, di sini, petang tadi.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit pada kenderaan jenis Mitsubhisi Triton dalam kejadian yang melibatkan pertembungan tiga buah kenderaan melibatkan kenderaan jenis Isuzu Dmax dan Toyota Vigo serta kenderaan yang dinaiki mangsa.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 1.46 petang dan tiba di tempat kejadian sejauh 34 kilometer itu pada jam 2.21 petang.

Menurut pihak bomba, mangsa yang cedera telah dihantar oleh orang awam ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.

Operasi yang melibatkan seramai lapan orang anggota itu tamat pada jam 3.00 petang. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG-20160723-WA0001

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan