Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua maut motosikal rempuh tiang elektrik

6:30pm 23/11/2015 Pak Roshan 87 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

KINABATANGAN: Dua maut apabila motosikal ditunggang mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kampung Sinar Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Hairie Jakaria, 26, yang menunggang motosikal dan rakannya, Hamsan Bailul, 29, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

Nahas dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi, namun kedua-dua mangsa hanya ditemui oleh penduduk kampung pada jam 6.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata mangsa dari Kampung Sinar Jaya dipercayai dalam perjalanan ke Pangkalan Bukit Garam sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik menyebabkan mereka terhumban ke bahu jalan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan sejurus ditemui, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor.

“Siasatan awal mendapati kejadian disebabkan motosikal yang terbabas sendiri,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan