Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua maut gas amonia bocor di Sipitang

7:24pm 16/08/2016 Pak Roshan 3603 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

samur

Sipitang: Dua lelaki maut dalam satu kejadian kebocoran gas amonia di Projek Amonia dan Urea Sabah (SAMUR), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, turut menyebabkan tiga lagi pekerja kontrak Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB) dipercayai warga asing turut cedera.

Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) menerusi kenyataan medianya sebentar tadi mengesahkan kejadian tersebut.

“Sebaik menerima maklumat mengenai kebocoran gas, Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) SAMUR segera bertindak mengawal keadaan termasuk mengeluarkan mangsa yang terlibat.

“Bagaimanapun, insiden ini tidak akan menjejaskan penduduk setempat terutamanya mereka yang tinggal berhampiran,” katanya.

Menurut PCG, pihaknya juga sudah memaklumkan waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai lima mangsa terbabit, namun tiga daripada mereka termasuk yang maut dihantar ke Hospital Sipitang, manakala dua mangsa yang cedera dirawat di klinik SAMUR. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan