Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua maut dan dua parah dalam kejadian kemalangan jalan raya

IMG-20160119-WA0002

TUARAN: Proton Saga FLX terbabas mengakibatkan dua orang maut manakala dua lagi parah dan tiga cedera ringan serta seorang mengalami trauma apabila kenderaan jenis Nissan Navara dan Produa Viva yang dinaiki mangsa bertembung di jalan Berungis berhadapan dengan Hospital Tuaran pagi tadi.

Mangsa [email protected] Bin Tingan berusia 58 tahun dan Joseph Teo berusia 66 tahun maut di tempat kejadian selepas kenderaan jenis Proton Saga FLX yang dinaiki mereka terbabas.

Norina Binti Indra, Mohd Samynan Kosshah, berusia 30 dan Aspey Bin Saidan berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah manakala Juriyah Sany berusia 34 tahun dan Awang Azahari Bin Awang Azmi berusia 18 tahun mengelami cedera ringan selepas kenderaan jenis Produa Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan jenis Nissan Navara yang dipandu oleh Sahroline Sumil Beggin, 31.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 6.12 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.15 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan