Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua maut dalam kejadian bot karam

3:18pm 17/11/2016 Leolerry Lajius 73 views Tempatan

TUARAN: Dua orang lelaki maut selepas bot yang dinaiki mangsa terbalik lalu karam kerana dipukul ombak dalam satu kejadian yang berlaku di muara Sungai Shahbandar, di sini, pagi tadi.

Mangsa Mohd Sukrie Bin Hj.Hassan, 27 dan Hadi Bin Jarin, 25 maut dalam kejadian itu manakala seorang lagi mangsa iaitu Mohamad Norhisyam ditemui selamat dalam kejadian yang berlaku sekitar 10.30 pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 11.14 pagi dan telah melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa sejurus tiba di lokasi kejadian.

Menurut makluman pihak bomba, mangsa telah ditemui oleh orang awam di peisisir pantai pada jam 12.38 tenga hari dalam keadaan tidak sedarkan diri dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang melibatkan seramai 12 orang anggota bomba, tiga orang anggota polis serta orang awam itu tamat pada jam 1.12 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

whatsapp-image-2016-11-17-at-2-32-26-pm

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan