Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua mati langgar empat unta

9:12am 18/07/2016 Pak Roshan 15 views Global
KEADAAN kereta dan satu daripada unta yang dilanggar selepas kejadian.

KEADAAN kereta dan satu daripada unta yang dilanggar selepas kejadian.

Ras al Khaimah: Dua lelaki mati selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh empat unta yang melintas sebuah lebuh raya di sini, semalam.

Seorang lagi penumpang kenderaan itu cedera parah dan kini dirawat di sebuah hospital.

Pengarah Operasi Trafik Polis Ras Al Khaimah, Brigadier Mohammed Said Al Hamidi berkata, seorang daripada yang mati itu rakyat Emiriah sementara dua rakannya warga Comoros.

Siasatan awal dan kenyataan daripada saksi menunjukkan penternak unta warga Asia cuba mengarahkan kenderaan berkenaan berhenti bagi membolehkan haiwan itu melintasi lebuh raya terbabit.

“Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu terlalu laju dan pemandunya dipercayai tidak mengendahkan keadaan di sekitar kawasan itu,” kata Mohammed. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan