Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua mati F-16, Cessna bertembung

Anggota pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mayat dua yang terbunuh selepas pesawat F-16 bertembung dengan Cessna - Foto businessinsider.com
Anggota pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mayat dua yang terbunuh selepas pesawat F-16 bertembung dengan Cessna – Foto businessinsider.com

Moncks Corner (Carolina Selatan): Anggota penyelamat menggeledah kawasan paya bagi mencari dua mayat mereka yang berada dalam pesawat Cessna yang musnah selepas bertembung dengan pesawat penggempur F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat tengah hari tadi.’

Pesawat F-16 Falcon itu bertembung dengan pesawat awam Cessna C150 kira-kira 17 kilometer di utara Charleston.

Pegawai di Pangkalan Tentera Udara Shaw, Columbia, menyatakan pesawat F-16 itu menghala Charleston ketika dalam sesi latihan biasa apabila nahas itu berlaku.

Dua orang dalam pesawat Cessna itu terbunuh manakala juruterbang F-16 berkenaan, Mejar Aaron Johnson dari Skuadron Penggempur ke-55 , sempat melenting keluar dan tidak cedera.

Maklumat mengenai dua yang terbunuh itu tidak diketahui tetapi pasukan pencari sudah menemui satu dompet.

Pesawat Cessna itu baru berlepas dari Lapangan Terbang Berkeley di Moncks Corner menuju Pantai Myrtle.

Tiada kecederaan orang ramai di darat walaupun ada serpihan pesawat jatuh berhampiran rumah bergerak, kira-kira tujuh kilometer dari tempat nahas. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan