Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua Masjid Baharu Akan Dibina Di DUN Sungai Sibuga

7:22pm 26/06/2016 Pak Roshan 189 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

SANDAKAN : Dua masjid baharu akan dibina masing-masing di Taman Fajar Batu 7 Jalan Airport dan di Kampung Sentosa Sungai Manila bagi menyediakan kemudahan bersembahyang yang selesa kepada jemaah.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu pelaksanaan projek dua masjid itu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga yang diwakilinya dijalankan dengan baik.

Katanya apa yang penting adalah ia disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan supaya ia menjadi bangunan yang berkualiti.

“Yang penting dapat memberi keselesaan kepada jemaah yang merupakan penduduk setempat di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembinaan dua masjid itu oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Hamsan Awang Supaian di kediamannya di sini, hari ini.

Musa berkata pembinaan dua masjid itu merupakan komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang selesa kepada rakyat.

Terdahulu, Hamsan dalam taklimatnya berkata pembinaan masjid baharu di Taman Fajar membabitkan kos RM715,562 manakala kos pembinaan masjid di Kampung Sentosa berjumlah RM736,700 dan kelulusan kedua-dua projek diberikan pada 18 Mac lepas.

Menurutnya tender dikeluarkan pada 2 Jun lepas dan tempoh masa pembinaan ditetapkan selama lapan bulan.

Beliau berkata masjid baharu di kedua-dua lokasi itu diperlukan bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai khususnya ketika solat Jumaat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan