Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua mangsa feri karam ditemui hidup

11:47am 23/12/2015 Pak Roshan 106 views Global
SEORANG mangsa yang diselamatkan tiga hari selepas hanyut di laut ditenangkan selepas dibawa pasukan penyelamat ke pelabuhan Kolaka di selatan Sulawesi, semalam.

SEORANG mangsa yang diselamatkan tiga hari selepas hanyut di laut ditenangkan selepas dibawa pasukan penyelamat ke pelabuhan Kolaka di selatan Sulawesi, semalam.

Jakarta: Dua penumpang sebuah feri yang karam di timur Indonesia ditemui masih hidup dan terapung di lautan semalam, tiga hari selepas tragedi berkenaan berlaku, kata pegawai.

Bagaimanapun, nasib 74 mangsa yang hilang selepas feri yang membawa 118 penumpang karam ketika ribut masih belum diketahui.

Seorang mangsa yang ditemui selamat ialah kapten feri yang karam ketika merentasi teluk di selatan pulau Sulawesi pada Sabtu lalu.

“Keadaan fizikalnya masih lemah. Kami mengetatkan kawalan di hospital tempat dia ditahan dan kami akan menyoal siasatnya tidak lama lagi,” kata ketua Agensi Bantuan Bencana Sulawesi, Alamsyah.

Seramai 41 penumpang diselamatkan oleh pasukan penyelamat dan tiga mangsa disahkan meninggal dunia.

“Kami meneruskan usaha mencari dan menyelamat ini hingga hari ketujuh.

“Kami menemui dua lagi mangsa yang masih hidup dan saya berdoa ramai lagi yang akan ditemui,” jelasnya.

Seorang penumpang yang terselamat, Bertha memberitahu sebuah stesen televisyen, dia mendengar bunyi yang kuat sebelum feri itu melambung dan mula dimasuki air.

Katanya, dia dan empat ahli keluarganya tercampak ke dalam laut dan terpisah akibat ombak yang kuat.

“Ombak sangat besar dan ia setinggi rumah yang menghempas kami,” katanya. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan