Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lokaliti di L. Datu masih berstatus aktif wabak denggi

denggi

LAHAD DATU: Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu, Dr. Valentine @ Japulee Gantul berkata, sebanyak dua lokaliti di daerah ini yang masih lagi berstatus aktif wabak denggi.

Beliau berkata, dua lokaliti tu ialah Kampung Unta yang telah diisytiharkan sebagai kawasan hotspot denggi dan Taman Pertama Satu antara lokaliti terbaru yang dikesan berlaku wabak itu.

Bagi lokaliti wabak denggi Taman Aman Jaya, Taman Kafoh, dan Taman Aman 3 pula katanya, tiga lokaliti itu telah diisytihar tamat wabak kerana tiada kes denggi dinotifikasi dalam tempoh 14 hari daripada notifikasi kes terakhir.

“Setakat ini, sebanyak sembilan kes denggi dikesan berlaku di Kampung Unta dan sekarang dalam status hotspot kerana status wabak tidak terkawal telah melebihi 30 hari.

“Manakala sebanyak empat kes dikenalpasti di Taman Pertama Satu namun, bagi lokaliti di Taman pertama satu ini ia (wabak) adalah masih dalam status wabak terkawal,” katanya yang dihubungi di sini, kelmarin.

Menurut Dr. Valentine, antara punca merebaknya wabak itu ialah akibat pembuangan sampah secara tidak wajar, takungan air di parit yang tersumbat hingga menyebabkan nyamuk Aedes boleh membiak.

”Sebenarnya, mobilisasi komuniti melalui tabiat membuang sampah yang teratur juga amat penting bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan bebas wabak denggi,” jelasnya.

Sementara itu tambah beliau, pihaknya juga telah mengambil langkah- langkah kawalan dan pencengahan dengan melakukan kekerapan pemeriksaan di tempat pembiakan termasuk melakukan semburan ruang thermal (SRT) dan semburan ruang ultra Low Volume (SRULV).

“Selain itu pihak pejabat kesihatan kawasan Lahad Datu juga telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa wabak denggi daerah bersama pegawai daerah dan agensi-agensi yang terlibat sebanyak 7 kali.

“Setakat ini, sehingga minggu epid ke 31, tahun ini (Januari hingga Julai) Lahad Datu ada 86 kes demam denggi berbanding hanya 24 kes yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu. Peningkatan adalah sebanyak 258 peratus,” katanya lagi.

Komen


Berita Berkaitan