Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua Letupan Pengganas Gegar Aksi Perancis-Jerman

12:55pm 14/11/2015 Pak Roshan 660 views Global,Mutakhir
Peminat bola sepak berkumpul di padang sambil menunggu pelepasan keselamatan untuk meninggalkan Stade de France di Saint-Denis, utara Paris, selepas perlawanan bola sepak persahabatan Perancis menetang Jerman berikutan kes tembakan dan letupan berhampiran stadium. - Foto AFP

Peminat bola sepak berkumpul di padang sambil menunggu pelepasan keselamatan untuk meninggalkan Stade de France di Saint-Denis, utara Paris, selepas perlawanan bola sepak persahabatan Perancis menetang Jerman berikutan kes tembakan dan letupan berhampiran stadium. – Foto AFP

PARIS – Perancis menundukkan Jerman, 2-0, dalam perlawanan persahabatan di Stade de France, awal pagi tadi waktu Malaysia, namun ia dibayangi dengan dua letupan kuat di luar stadium dan sekitar kota raya ini.

Letupan itu dapat didengar di dalam stadium ketika aksi separuh masa pertama di penghujung saingan.

Polis memberitahu seramai 26 ditembak mati manakala berlaku beberapa letupan di sekitar kota raya ini, namun perlawanan tidak dihentikan.

Penonton terus kekal berada dalam stadium sebaik wisel penamat dibunyikan dengan sebahagiannya masuk ke kawasan padang sebaik mendengar berlaku rusuhan di luar.

Penyerang Arsenal, Olivier Giroud dan pemain gantian, Andre-Pierre Gignac menjaringkan gol kemenangan Perancis.

Presiden Perancis, Francois Hollande yang turut berada di stadium menyaksikan perlawanan itu dibawa keluar sebaik kejadian sebelum mengadakan mesyuarat tergempar di situ.

Pengendali Jerman, Joachim Loew turut melahirkan rasa terkejut dengan kejadian berkenaan.

“Kami semua terkejut dan bergegar,” katanya.

“Pada saya secara peribadi, sukan dan permainan ini hilang kepentingan. Kami semua seperti hilang arah (pada ketika kejadian). “Kami tidak tahu nak buat apa,”. – AP

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan