Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua lelaki warga asing didakwa sebabkan kematian seorang lelaki

5:30pm 15/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 179 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Dua lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki dengan menggunakan benda tajam pada tiga tahun yang lalu.

Ibno Saud, 22 dan Moksin Yasin, 22 didakwa bersama-sama menyebabkan kematian seorang lelaki, 29 dengan mengelar leher mangsa menggunakan benda tajam diantara pada 21 Ogos 2013 pada jam 9.45 malam hingga 22 Ogos 2013 pada jam 7.44 malam di sebuah tangki air, Binaung Baru, Menggatal.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 304 (a) Kanun keseksaan dan boleh juga dihukum dibawah Seksyen 34 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Namun, tiada sebarang pengakuan salah direkodkan daripada mereka kerana ketiadaan jurubahasa di mahkamah hari ini.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan 14 Mac depan bagi pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dinesh Raja. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan