Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua lelaki tempatan dicekup polis disyaki miliki syabu

1:33pm 16/11/2016 Pak Roshan 379 views Jenayah,Mutakhir
digari-600x366-1-600x366

gambar hiasan

KUDAT: Dua lelaki tempatan di sini masing-masing berumur 33 dan 44 tahun dicekup polis kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu anggaran berat 5.90 gram bernilai RM1,000.

Ketua Polis Daerah Supritendan Polis Douglas Nyeging Taong berkata, bertindak atas maklumat lebih kurang jam 9.30 malam pada Jumaat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD di sini telah menahan dan memeriksa sebuah kereta jenis perodua Viva warna putih nombor pendaftaran SAB5343L dalam keadaan mencurigakan di hadapan perhentian bas simpang masuk Kg. Pinawantai dekat sini.

Katanya, polis memndapati dua lelaki dewasa didalam kereta tersebut dan hasil pemeriksaan lanjut, polis telah menjumpai satu peket plastik lutsinar yang berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang disimpan dibahagian kotak simpan barang bersebelahan gear.

“Barang kes dan kereta telah dibawa ke IPD Kudat untuk siasatan lanjut sementara dua lelaki berkenaan tahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama.

Sementara itu dalam kes yang berasingan seorang remaja lelaki berumur dan seorang perempuan masing berumur 16 dan 15 tahun ditahan polis di sini kerana disyaki memilik barang curi susulan laporan polis KDT/RPT/5671/16 di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang dibuat sebelum ini.

Douglas berkata, pada 10 November (Khamis) jam lebih kurang 1.00 petang bertempat di Medan Star di sini semasa buat tugas bit polis telah memeriksa dan menahan seorang remaja lelaki dan seorang remaja perempuan kerana disyaki terlibat dalam kes curi bersabit.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua remaja yang ditangkap itu tidak mengaku terbabit dalam kes tersebut.

Walau bagaimanapun katanya, tangkapan ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut. Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai penglibatan kedua-dua suspek dalam kes ini. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan