Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA LELAKI TALIBARUT KUMPULAN PENCULIK KFR MATI DITEMBAK

Hazani (tengah), Ketua CID Polis Sabah, SAC Jauteh Dikun (kiri) dan Ketua Staf Pusat Operasi Esscom Brig. Jen. Dato’ Md. Rahim Hj. Mohamad (kanan) menunjukkan senjata api yang dirampas Esscom daripada dua penjenayah yang ditembak mati di perairan Pulau Bohayan, Kunak. – Gambar SNT / Ehsan IPD Kunak

KUNAK: Dua penjenayah dipercayai talibarut kepada kumpulan penculik untuk duit tebusan (KFR) mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di perairan Pulau Bohayan, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam apabila kedua-dua suspek meloloskan diri daripada serbuan Operasi Gasak khas yang dijalankan Esscom di perkampungan atas air Kunak Tiga dengan menaiki pump boat menuju ke perairan Kunak.

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, identiti kedua-dua suspek yang juga warga asing berusia 50-an masih belum dikenalpasti.

Senjata dipercayai milik suspek yang dirampas oleh anggota Esscom dalam Ops Gasak Khas Esscom di perairan Pulau Bohayan, Kunak, semalam. Gambar SNT / Ehsan IPD Kunak

“Selepas kejadian berbalas tembakan pemeriksaan ke atas perahu mendapati mayat dua lelaki dalam keadaan terbaring. Tiada dokumen diri dijumpai.

“Bagi suspek pertama terdapat kesan tembakan satu das dari depan pada dada sebelah kanan, satu das dari depan pada dada sebelah kiri, satu das pada lengan tangan kanan.

Senjata dipercayai milik suspek yang ditemui di dalam pump boat suspek, semalam. Gambar SNT / Ehsan IPD Kunak

“Sementara suspek kedua pula, kesan tembakan satu das dari depan pada pipi sebelah kiri, satu das dari depan pada dada sebelah kanan dan satu das dari depan pada dada sebelah kiri.

“Hasil pemeriksaan lanjut kita menemui dan merampas barang kes iaitu sepucuk pistol jenis revolver 0.22, tujuh butir peluru hidup jenis 0.22, sepucuk pistol jenis revolver 0.38 sebutir peluru hidup dan lima kerongsong jenis 0.38 dan sebilah pedang jenis samurai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hazani berkata, dalam kejadian kejar mengejar itu, polis pada mulanya telah menyalakan lampu untuk memberi amaran kepada suspek supaya berhenti.

Bagaimanapun, katanya, suspek melepaskan tembakan ke arah pasukan polis dan menyedari suspek memiliki senjata api berbahaya, pasukan polis telah membalas tembakan ke arah mereka.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Sebelum kejadian tersebut, 18 orang tanpa dokumen telah ditangkap dalam gerakan Operasi Gasak Khas Esscom di Kampung Kunak Tiga.

Pada masa yang sama, lebih kurang jam 10.40 malam, pihak polis berjaya merampas sebuah pump boat berwarna putih berukuran 17 kaki panjang dan empat kaki lebar yang  dikenalpasti digunakan dalam kes penculikan dua nelayan Indonesia di perairan Pulau Gaya Semporna pada 11 September lalu.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan