Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua lelaki nafi terima rasuah

1:34pm 13/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 806 views Jenayah,Kota Kinabalu,Tempatan
KEDUA-dua tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan bernilai RM 7,000.

KEDUA-dua tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan bernilai RM 7,000 di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah RM 7,000, disini, hari ini.

Berdasarkan pengakuan berkenaan, Hakim Mahkamah Seyen, Abu Bakar Manaf menetapkan 14 November depan untuk sebutan semula kes dan jaminan berjumlah RM 10,000 dengan wang pendahuluan sebanyak RM 5,000 terhadap kedua- dua tertuduh dengan seorang penjamin tempatan.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh, Muhammad Safwan Isnen, 27 dan Azzry Eyzzamshah Mohamad Arifin, 27 didakwa menerima rasuah RM 7,000 daripada pengadu yang juga merupakan pemohon pinjaman Bank Rakyat di restoran di sebuah pusat beli belah, pada jam 10.13 pm pada 6 September lalu.
Daripada jumlah tersebut, RM3,000 adalah sebagai bayaran balik kepada Azzry yang telah membantu pengadu membayar hutang kredit yang berjumlah RM 2,776.25, manakala selebihnya iaitu RM 4223.75 adalah sebagai upah untuk menguruskan permohonan pinjaman peribadi pengadu.
Jika disabit kesalahan, kedua-dua tertuduh akan dihukum dibawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rozanna Abd Hadi manakala Muhammad Safwan dan Azzry masing-masing diwakili oleh peguam Luke Ressa Balang dan Azhier Farhan Arisin. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan