Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lelaki maut tertimbus tanah runtuh

Keadaan jalan raya, lokasi mangsa terjatuh.

KOTA MARUDU: Dua lelaki maut selepas motorsikal yang dipandu mangsa jatuh dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 36 Jalan Marak Parak/Ranau.

Mangsa Jaimin Bien,46 dari Kampung Tandahawon dan Edmon James, 22 dari Kampung Melangkap Tengah yang menunggang motorsikal jenis Honda Ex5, maut di tempat kejadian akibat ditimbus tanah dalam kejadian berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supretenden Mohd Izaan Abdullah, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 7.30 pagi.

Tambah beliau, apabila tiba di lokasi kejadian, mayat kedua-kedua mangsa telah ditemui tertimbus di bawah runtuhan berkenaan./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan