Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua lelaki maut kerana rentung

3:42pm 16/07/2016 Leolerry Lajius 5938 views Tempatan
IMG-20160716-WA0003

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KNABALU: Dua orang lelaki maut kerana rentung dalam satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Kenderan 4WD jenis Mitsubishi Pajero dan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang berlaku di Pusingan U Kampung Kalansanan Jalan Tuaran Bypass, semalam.

Kedua-dua mangsa yang bekerja di Dayaasal Engineering Sdn Bhd Sepanggar itu iaitu,  Presley Dexter Pius, 24, dan  Marvin Geoffrey Nati Usop, 29 maut di tempat kejadian kerana terperangkap di dalam kenderaan dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Pajero yang dalam perjalanan dari arah Lampu Isyarat batu 5 menuju ke arah Manggatal, apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan jenis  Perodua Viva keluar daripada simpang dan membuat pusingan U.

Kenderaan Perodua Viva tersebut telah dilanggar di bahagian sebelah kiri pintu penumpang oleh kenderaan jenis Mitsubishi  Pajero berkenaan  yang datang daripada arah jalan utama.

“Akibat dari kemalangan tersebut, kedua dua pemandu dan penumpang kenderaan jenis Perodua  Viva rentung di dalam kenderaan kerana terperangkap manakala pemandu kenderaan Mitsubishi  Pajero Sport  hanya lebam di tangan kiri dan tidak mengalami  kecederaan serius.”

“Punca kebakaran adalah disebabkan dari litar  pintas melalui bateri kenderaan Perodua  Viva akibat impak kuat dari pelanggaran tersebut,”katanya.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan adalah berpunca dari kecuaian pemandu kenderaan jenis Perodua Viva kerana telah keluar daripada  simpang dan masuk ke laluan utama untuk membuat Pusingan U hingga menyebabkan pelanggaran tersebut berlaku.

Kes disiasat di bawah Sek.41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan