Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lelaki leka punggah 5,500 liter minyak petrol bernilai RM164,776 ditahan

Lori yang telah diubahsuai dipercayai membawa minyak petrol sebelum dipunggah ke dalam jerikin dan tong drum.- foto ihsan PPM
Lori yang telah diubahsuai dipercayai membawa minyak petrol sebelum dipunggah ke dalam jerikin dan tong drum.- foto ihsan PPM

SEMPORNA – Tindakan dua lelaki sedang asyik memunggah lebih 5,500 liter minyak petrol dari sebuah lori untuk diseludup ke negara jiran berjaya dikesan anggota polis marin yang sedang melakukan rondaan khas di Kampung Ice Box, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, sepasukan lima anggota marin yang meronda sekitar kawasan itu menyerbu tanah lapang dan jeti di situ hasil maklumat orang awam dan mendapati terdapat aktiviti pemunggahan minyak oleh dua suspek.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM164,776 dan dua lelaki berkenaan yang masing-masing berumur 19 dan 28 tahun itu dipercayai cuba menyeludup keluar minyak petrol berkenaan yang dianggarkan bernilai RM18,450 ke negara jiran.

“Hasil serbuan kita mendapati aktiviti pemunggahan minyak sedang dijalankan dari tangki yang berada di atas lori ke dalam jerikin dan tong drum serta tangki minyak di dalam sebuah bot,’’katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara barangan yang turut dirampas sebuah lori isuzu, dua tangki minyak pelbagai saiz, sebuah bot dan enjin, jerikin minyak, set pam minyak, generator, segulung hose PVC, tiga gulung hose getah, pump air, dan pump minyak.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan kedua-dua lelaki berkenaan yang beralamat di Tawau serta barang rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Semporna untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, PPM Tawau turut berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 21,050 pelbagai perisa Pop Ice Es yang bernilai RM21,260 ke daerah itu pada hari sama kira- kira pukul 1 petang, semalam.

Mohamad berkata, barangan itu dirampas di ruang kargo sebuah feri yang baharu tiba dari Nunukan, Indonesia di Pelabuhan Tawau selepas tidak memiliki kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan membawa barangan belum lulus cukai Jabatan Kastam dan kes disiasat mengikut Akta Kastam Seksyen 135 (1) (d) 1967. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan