Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Lelaki Gagal Seludup 190 Liter Petrol

PETROL yang dirampas PPM Semporna di perairan Pulau Gaya, Semporna. FOTO ihsan Pasukan Polis Marin
PETROL yang dirampas PPM Semporna di perairan Pulau Gaya, Semporna. FOTO ihsan Pasukan Polis Marin

Semporna – Dua lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna selepas didapati cuba menyeludup 190 liter petrol ke negara jiran di perairan Pulau Gaya, semalam.

Komander PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, tangkapan dilakukan pada 11.20 pagi ketika anggotanya sedang menjalankan rondaan Op Gelora di kawasan terbabit.

“Ketika rondaan dilakukan, anggota PPM terserempak dengan bot pam dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan segera dilakukan.

“Hasil pemeriksaan, terdapat dua lelaki berusia 50 dan 38 tahun di dalam bot berkenaan sebelum menemui 10 tong dipercayai petrol di dalamnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Mohamad, petrol yang bernilai hampir RM300 itu dipercayai cuba dipasarkan ke negara jiran.

“Bagaimanapun siasatan masih dilakukan dan kedua-dua lelaki terbabit ditahan serta dibawa ke Pangkalan Marin Semporna,” katanya. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan