Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua lelaki ditahan

2:02pm 12/06/2014 Pak Roshan 60 views Kota Kinabalu,Tempatan

curikabel

PAPAR: Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti mencuri kabel elektrik berjaya ditahan secara berasingan di sekitar Pekan Papar di sini kelmarin.

Turut dirampas adalah sebuah Proton Wira dan motosikal yang dipercayai dimiliki oleh kedua-dua suspek berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi Ahad lalu itu, dua anggota polis peronda yang menggunakan sebuah kenderaan MPV mengejar suspek yang didapati melakukan kegiatan curi kabel elektrik di Jalan Bundusan-Mulugus, di sini.

Bagaimanapun, kenderaan MPV yang dinaiki anggota polis itu terbabit nahas ekoran terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dengan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan.

Anggota polis yang berusia 30an itu bagaimanapun kini dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Papar.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintenden George Abd Rakhman berkata, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 31 tahun itu ditahan secara berasingan pada 8 dan 10 Jun lepas.

“Suspek pertama ditahan kira-kira jam 3 petang di Pekan Papar pada Ahad lalu dan susulan daripada itu, kita berjaya menahan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun pada 10 Jun.

 

“Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan dan kini direman di IPD Papar,” katanya di sini kelmarin.

Kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan