Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lelaki ditahan, syabu bernilai RM10,000 dirampas di Tawau

TAWAU, 3 Okt (Bernama) — Dua lelaki yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, ternyata tidak serik apabila diberkas sekali lagi dalam serbuan polis di kawasan berdekatan Jeti CIQ lama di sini, pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Fadil Marsus berkata suspek warga tempatan berusia 36 tahun dan suspek warga Filipina berumur 22 tahun itu ditahan dalam serbuan pada kira-kira 8.30 malam.

ACP Fadil Marsus. Gambar Bernama

“Sewaktu serbuan dilakukan suspek tempatan cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan polis tetapi berjaya ditangkap.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek tidak menemukan sebarang barang salah namun selepas soal siasat, suspek mengaku menyembunyikan dadah berdekatan kawasan tebing Jeti CIQ lama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan pengakuan itu, Fadil berkata polis menemukan satu bungkusan plastik hitam mengandungi dua paket plastik berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 100.7 gram yang bernilai RM10,000.

“Suspek berkenaan juga memberitahu bahawa dadah itu mahu dihantar kepada penama ‘Apang’ yang akan datang menggunakan bot dan 10 minit kemudian Apang yang juga suspek warga Filipina itu tiba di jeti CIQ namun cuba melarikan diri selepas anggota polis memperkenalkan diri,” katanya.

Menurut Fadil, kedua-dua suspek ketika ditahan turut didapati positif dadah dan kini direman selama tujuh hari bermula semalam (2 Okt) bagi membantu siasatan.

“Siasatan ke atas rekod jenayah mendapati suspek warga tempatan pernah dua kali dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 12 (2 ) serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2012 manakala seorang lagi (suspek warga Filipina) pernah ditahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan pada tahun 2014,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan