Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua lelaki ditahan kerana miliki syabu

6:44pm 07/06/2016 Leolerry Lajius 1126 views Jenayah,Tempatan
Dadah milik suspek yang dirampas pihak polis.

Dadah milik suspek yang dirampas pihak polis.

KOTA KINABALU: Pihak polis menahan dua orang suspek dan  merampas dadah jenis syabu seberat 202.46 gram yang dianggarkan bernilai RM30,000.00 dalam satu tangkapan yang dibuat di Jalan Sulaman, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pada 1 Jun yang lalu,  pengadu bersama anggota BSJND IPD Kota Kinabalu telah membuat pemerhatian di kawasan tempat letak kereta (terbuka) 1Borneo Hypermall, dan melihat  seorang lelaki  yang dalam keadaan mencurigakan yang tiba-tiba telah didatangi oleh seorang lelaki lain yang menyerahkan satu bungkusan plastik warna hitam menggunakan tangan kanannya.

“Pengadu bersama pasukan serbuan telah menghampiri kedua-dua saspek dan telah perkenalkan diri sebagai Polis. Kedua-dua saspek cuba melarikan diri dan bertindak agresif namun telah berjaya ditahan oleh anggota serbuan.”

“Pemeriksaan fizikal telah merampas satu bungkusan beg plastik warna hitam dari genggaman tangan kanan salah seorang suspek  yang merupakan beg plastik yang telah diserahkan oleh rakan suspek sebelum serbuan dijalankan,”katanya.

Pemeriksan ke atas beg plastik tersebut telah menjumpai empat peket plastik lutsinar kesemuanya berisi hablur / ketulan jernih disyaki dadah Syabu.

Pihak polis turut merampas sebuah Motorkar jenis Toyota Hilux Vigo dan menahan kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan