Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lelaki ditahan dalam aksi ‘lumba’ dengan polis

Chandra menunjukkan gambar suspek yang melarikan diri dari Hospital Mesra Luyang. Turut kelihatan antara barangan yang dirampas daripada dua lelaki yang ditahan. - foto IPDKK.
Chandra menunjukkan gambar suspek yang melarikan diri dari Hospital Mesra Luyang. Turut kelihatan antara barangan yang dirampas daripada dua lelaki yang ditahan. – foto IPDKK.

KOTA KINABALU – Percubaan dua lelaki memecut laju kenderaan untuk melarikan diri dari ditahan pihak berkuasa, tidak berjaya apabila kereta suspek berjaya dipintas anggota polis peronda dalam adegan kejar mengejar di sini pada Jumaat lepas.
Polis peronda sebelum itu ternampak dua suspek berusia 20-an menaiki sebuah kenderaan Perodua Viva yang dilaporkan dicuri, berhampiran Karamunsing, kira-kira jam 5.15 pagi.
“Semasa polis hendak menahan kenderaan terbabit untuk pemeriksaan, suspek bertindak melarikan dengan memecut Perodua Viva itu ke arah Sembulan,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra pada sidang media di sini pada Sabtu.
Katanya, anggota polis kemudian mengejar kenderaan itu sebelum berjaya dipintas di kawasan Sembulan.
Siasatan awal mendapati, kedua-dua lelaki itu baru sahaja melakukan jenayah pecah rumah di Taman Luyang dan melarikan beberapa barangan berharga termasuk kenderaan milik mangsa.
“Dalam kejadian jam 4.00 pagi itu, suspek didapati memecah masuk sebuah rumah di Luyang dengan cara membuka salah sebuah tingkap di rumah terbabit,” katanya.
Chandra berkata, suspek kemudian menggunakan sebatang kayu panjang untuk mencuri sebuah bag tangan wanita mengandungi barangan berharga serta kunci Perodua Viva, ditinggalkan oleh mangsa di ruang tamu rumah berkenaan.
Beliau berkata, kira-kira sejam kemudian mangsa yang menyedari rumahnya disamun, segera menghubungi talian hotline polis untuk meminta bantuan.
“Bertindak atas laporan yang diterima, anggota unit peronda polis kemudian berjaya mengesan kenderaan mangsa yang dipandu oleh suspek berhampiran Karamunsing.
Menurutnya, dalam tangkapan itu, polis turut merampas dan menemui semula barangan dipercayai milik mangsa bernilai kira-kira RM20,000 daripada suspek.
Chandra berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah lain sekitar Luyang sepanjang tempoh November tahun lepas hingga Januari yang melibatkan kerugian hampir RM50,000.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan lain, Chandra berkata, seorang suspek lelaki yang melarikan diri dari Hospital Mesra, Luyang masih belum berjaya ditangkap.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek terbabit dengan menghubungi balai polis terdekat sekiranya mempunyai maklumat. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan