Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,821

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua lelaki ditahan bersama dadah RM600,000

8:12pm 01/09/2016 Pak Roshan 860 views Jenayah,Mutakhir
MOHAMED Fadzil (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan syabu yang disembunyikan dalam kotak susu formula bayi pada sidang media di IPK Sabah, Kepayan, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Mohd Adam Arinin

MOHAMED Fadzil (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan syabu yang disembunyikan dalam kotak susu formula bayi pada sidang media di IPK Sabah, Kepayan, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat lima kilogram (kg) bernilai RM600,000 disorok dalam kotak susu di bandar raya ini, Isnin lalu.

Kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan di lokasi berasingan susulan maklumat orang awam dengan dadah terbabit disyaki untuk diedarkan bagi pasaran sekitar ibu negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Sabah, Superintendan Mohamed Fadzil A Rahman, berkata suspek pertama berusia 31 tahun ditahan sekitar Jalan Gaya pada jam 5 petang ketika dia membawa beg kertas mengandungi tiga kotak susu.

Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap kotak susu terbabit menemui lima bungkusan besar disyaki dadah jenis syabu seberat lima kg.

“Berikutan itu, suspek terbabit ditahan untuk siasatan lanjut dan hasil soal siasat membawa pula kepada penahanan seorang lagi suspek berusia 35 tahun di sebuah kompleks beli-belah di sini pada jam 6 petang, hari sama.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini. – BH Online

Caption:

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah, Superintendan Mohamed Fadzil A Rahman (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di Jalan Gaya, Kota Kinabalu. – Foto NSTP

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan