Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lelaki disyaki terlibat aktiviti bom ikan ditahan

Antara peralatan bom ikan yang dirampas polis marin. - foto ihsan PPM
Antara peralatan bom ikan yang dirampas polis marin. – foto ihsan PPM

SEMPORNA – Polis marin merampas pelbagai barangan yang digunakan dipercayai untuk aktiviti pengeboman ikan bernilai RM3,910 milik dua lelaki, di kawasan Tobo-Tobo, dekat sini semalam.

Dalam rondaan yang dilakukan di kawasan tersebut, marin turut menahan dua lelaki tersebut yang masing-masing berusia dalam lingkungan 15 hingga 30 tahun.

Menurut polis marin dalam kenyataan di sini, hasil pemeriksaan mendapati terdapat botol kaca diikat pada sebatang besi panjang lebih kurang empat kaki dan satu batang besi lagi panjang  belum siap dipasang disyaki menjalankan aktiviti pengeboman ikan.

Antara barangan yang dirampas ialah sebuah pam bot, dua unit enjin, dua batang besi, satu botol kaca berisi baja ammonia, satu unit compressor, tiga cermin mata menyelam dan satu tong ikan.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan