Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lelaki didakwa subahat

subahat
OMAR

 

Copenhagen: Dua lelaki didakwa, semalam, atas tuduhan bersubahat dengan lelaki bersenjata yang menembak mati dua orang dalam serangan berkembar di Copenhagen, hujung minggu lalu.

Peguam salah seorang lelaki terbabit, Michael Juul Eriksen berkata: “Mereka tidak didakwa atas tuduhan keganasan, sebaliknya dituduh membantu suspek menghapuskan senjatanya dan menyembunyikan diri.”

Dua lelaki itu bagaimanapun tidak boleh dinamakan atas sebab perundangan.

Polis mengumumkan penangkapan dua lelaki itu kerana bersubahat dan membantu suspek dalam kejadian tembakan ketika debat mengenai Islam dan kebebasan bersuara di pusat kebudayaan Krudttoenden serta kuil Yahudi utama Copenhagen di Krystalgade.

Tuduhan terhadap mereka bagaimanapun tidak didedahkan polis.

Menurut akhbar tabloid Ekstra Bladet, dua tertuduh itu berketurunan warga asing.

Suspek bersenjata kejadian itu, yang ditembak mati pada awal Ahad lalu, dikenal pasti sebagai Omar El-Hussein, 22, (gambar) yang mempunyai rekod jenayah.

Menurut Ekstra Bladet, Omar dibebaskan daripada penjara dua minggu lalu seterusnya menimbulkan kebimbangan dia dipengaruhi ke arah keganasan ketika menjalani hukumannya.

Sementara itu, bendera dikibarkan separuh tiang di Denmark.

Seorang pembuat filem dokumentari yang menghadiri debat berkenaan, selain pengawal Yahudi di kuil terbabit terbunuh. Lima anggota polis turut cedera dalam kejadian itu.

Polis melancarkan beberapa operasi di Copenhagen, Ahad lalu, termasuk serbuan terhadap kafe Internet di Noerrebro di mana Omar ditembak mati. – AFP

Komen


Berita Berkaitan