Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lelaki dan seorang wanita nafi rompak pelancong Jepun

Dari kiri Syamsiah, Soh dan Hazroy
Dari kiri Syamsiah, Soh dan Hazroy

KOTA KINABALU- Dua lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merompak seorang pelancong Jepun secara berkumpulan.

Syamsiah Lanasimun, 30, Soh Ching Ten, 34 dan Hazroy Ismail, 23 didakwa bersama-sama telah merompak wang tunai RM 1,500, Wang Jepun Yuen 10000, wang USD 65 daripada seorang pelancong Jepun di rumah penginapan Kg Air, di sini pada jam lebih kurang 3 petang pada 5 Januari, yang lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan tarikh 25 Januari, tahun ini untuk pengurusan kes bagi ketiga-tiga tertuduh.

Disamping itu, setiap tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 15,000 berserta seorang penjamin tempatan dan ketiga-tiga mereka turut diperintah untuk melaporkan diri ke balai polis Karamunsing pada setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan