Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lawan satu

WANITA yang menjadi mangsa serangan itu didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami kedua-dua penyerangnya.
WANITA yang menjadi mangsa serangan itu didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami kedua-dua penyerangnya.

Crimea: DUA suri rumah dirakam membelasah seorang wanita yang didakwa menjalinkan hubungan intim dengan suami mereka di jalan raya sebuah kampung di Semenanjung Crimea.

Rakaman yang viral di media sosial itu menunjukkan dua wanita berkenaan menanggalkan pakaian mangsa sebelum memukul dan mengheretnya di jalan raya.

Semenanjung Crimea dikuasai Russia selepas Moscow merampasnya daripada Ukraine dua tahun lalu.

Dalam video berkenaan, seorang suri rumah berpakaian hitam dapat dilihat berulang kali memukul wanita yang didakwa menjadi kekasih gelap suaminya.

Dia menendang dan meludah muka mangsa dan pada masa sama, memaki hamunnya.

Orang ramai, termasuk penduduk lelaki yang melihat kejadian itu hanya memerhatikan mangsa dibelasah kedua-dua wanita berkenaan.

Media tempatan melaporkan, seorang daripada suri rumah itu hamil.

Tidak seorang pun dilihat cuba membantu wanita berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan